Kumpulan

Lifestyle Transformer atau pendekkan nya LT, adalah sebuah kumpulan manusia yang mempunyai misi untuk mengubah keadaan hidup manusia tanpa membezakan bangsa, ugama, darjat, jantina, warga negara, pendidikan dan sebagainya. Sesiapa saja yang ingin mengubah kehidupan dari keadaan apa sekalipun kepada keadaan orang sukses.

Tafsir Al-Quran Ayat 53 Surah Al Anfaal

(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.




Pantun

Cantik sungguh anak Mak Esah
Sudahlah cantik, baik pula budi pekerti
Jangan salahkan takdir jika hidup susah
Ubahlah diri, hidup pasti bererti



Kumpulan LT adalah sekumpulan manusia yang dipimpin oleh saya En Abdul Gani Kasalan, saling bekerjasama mengubah gaya hidup ahli-ahli kumpulan daripada Gaya Hidup Orang Kebanyakan kepada Gaya Hidup Orang Sukses. Pastikan rantai genealogi anda bersambung naik sampai kepada nama saya. Ini bermakna anda dan saya satu kumpulan.


Kumpulan LT mempunyai komitmen yang tinggi untuk membantu anda berjaya dalam perniagaan ini sehingga anda mampu menukar gaya hidup anda kepada gaya hidup orang yang sukses.
Dimana saja anda berada kumpulan LT boleh membantu anda. Kita ada kursus secara online dan offline.

Program “I Am A Lifestyle Transformer”

Kumpulan LT telah menyediakan satu program khas yang dinamakan “I Am A Lifestyle Transformer”. Sesiapa yang mengikuti program ini akan mengalami satu perubahan besar dalam Lifestyle atau gaya hidup mereka. Program  “I Am LT” ini mengandungi beberapa kursus dan aktiviti. Program ini adalah berterusan dan tiada akhirnya. Program ini mengubah kehidupan anda kepada kehidupan orang-orang yang berjaya didunia dan diakhirat.

Pantun

Kalau saudara memancing ikan
Jangan lupa membawa umpan
Tinggal pekerjaan, tinggal majikan
Bersama Lifestyle Transformer ku ubah kehidupan

Ciptaan Abdul Gani Kasolan 21 Disember 2010




Gaya Hidup Orang Kebanyakan

Gaya hidup mempengaruhi perasaan seseorang. Perasaan orang awam tidak sama dengan perasaan orang yang berada di puncak kejayaan. Kemurungan, kerungsingan, kesedihan, pening kepala, takut, risau, resah adalah antara perasaan orang yang mempunyai gaya hidup orang kebanyakan. Bagi menghilangkan perasaan negatif ini maka gaya hidup mesti diubah kepada gaya hidup orang sukses.

Bila kita sudah beralih kepada gaya hidup orang sukses, kita akan mempunyai perasaan gembira, suka membantu orang, suka senyum, tenang, aman dan bahagia.

Kita akan membincangkan gaya hidup orang sukses di Bab 2. Pada bab ini kita bincang mengenai gaya hidup orang kebanyakan.

Antara gaya hidup orang kebanyakan ialah
  1. Bekerja dari seawal 8.00 pagi – 5.00 petang
  2. Ada juga yang bekerja shif  seperti pekerja-pekerja kilang, hospital .. yang terpaksa bekerja malam jika dapat shif malam
  3. Mendapat pendapatan sekali sebulan di hujung bulan
  4. Pendapatan bulanan anda berdasarkan sijil anda
  5. Kenaikan gaji sekali setahun, itupun berdasarkan prestasi kerja
  6. Boleh dipecat oleh majikan bila-bila masa
  7. Nak cuti perlu minta kebenaran majikan
  8. Nak keluar semasa bekerja mesti minta kebenaran majikan
  9. Kenalan tak berkembang, asyik berkomunikasi dengan rakan sekerja saja tiada kawan baru
  10. Ramai tak berkereta, naik pengangkutan awam saja. Yang berkereta pula pilih kereta yang murah, cukup boleh jalan sudah.
  11. Tidak memiliki syarikat tempat dia bekerja

Kalau kita perhatikan ciri-ciri gaya hidup ini, maka kita akan dapati ia mempunyai banyak kelemahan yang menyebabkan perasaan hidup kita tidak puas atau tidak selesa. Anda merasakan anda belum lagi menggunakan keseluruhan potensi diri anda. Anda tidak diberi peluang untuk berkembang. Bakat anda tidak digilap. Jika anda tidak merubah gaya hidup ini, maka anda akan mati satu hari ini dengan bakat anda yang tidak digunakan.

Gaya hidup orang kebanyakan seumpama gaya hidup seorang hamba. Masa anda banyak digunakan mengabdikan diri bekerja untuk syarikat milik orang lain. Anda berhempas pulas membanting tulang untuk mendapat sedikit wang dihujung bulan, sedangkan majikan anda pula mendapat keuntungan yang lebih. Bila anda pencen tua, anda mungkin mendapat wang pencen atau KWSP tetapi adakah wang tersebut mencukupi untuk menyara hidup tua anda?

Dunia ini luas tetapi anda tidak mempunyai wang dan masa untuk anda melancung ke negara luar, bahkan anda mungkin tidak mempunyai wang dan masa untuk melancung didalam negara sendiri. Rutin hidup anda ialah pagi pergi kerja, balik malam, menonton TV, tidur, bangun, pergi kerja semula.

Bagi mereka yang bekerja shif lagilah susah. Terpaksa bekerja malam. Orang lain berehat dirumah, anda pula masih bekerja, bekerja untuk syarikat sendiri tak apalah, tapi ini bekerja untuk syarikat orang lain. Kalau isteri bekerja juga lagi lah payah. Kadang isteri bekerja malam, anda bekerja siang. Bila nak bersama isteri? Masa adalah emas. Umur kita setiap hari bertambah. Bila kurang berinteraksi dengan pasangan hidup secara dekat, maka kasih sayang akan berkurang. Kita takut nanti pasangan kita berkasih sayang dengan orang lain pula ditempat kerja mereka atau mungkin anda pula berkasih sayang dengan orang lain ditempat kerja anda.

Wang adalah penting dalam kehidupan kita. Gaya hidup orang kebanyakan ialah mereka bekerja dalam syarikat orang lain. Majikan menentukan pendapatan bulanan mereka. Gaji adalah berdasarkan sijil. Bagaimana jika anda dilahirkan dalam keluarga miskin atau keluarga susah. Anda tidak diberikan peluang belajar sehingga ke peringkat tinggi walaupun anda sebenarnya mempunyai potensi yang sangat baik untuk berjaya dalam pelajaran. Gaji anda rendah disebabkan anda tidak mempunyai sijil yang tinggi. Anda tidak mampu memberikan keselesaan kepada diri anda dan keluarga anda.

Terkadang anda yang bekerja rajin, tapi orang lain pula yang dapat naik gaji bagus, mereka yang dapat dinaikkan pangkat sebab mereka pandai main politik pejabat, pandai bodek bos. Anda tak puas hati, tapi majikan sentiasa lah yang betul. Keputusan majikan tak boleh dibantah. Syarikat ini bukan anda yang punya.

Sekiranya anda tidak berubah maka anda akan terus berada dalam keadaan dimana wang anda tidak cukup untuk menampung keselesaan hidup anda dan keluarga anda. Anda mungkin berhutang untuk membeli peralatan rumah, kereta dan rumah. Anda menghabiskan keseluruhan masa dan wang anda membayar hutang.

Bagi mereka yang tidak mampu membeli kereta, maka terpaksa menggunakan pengangkutan awam. Kalau di Kuala Lumpur atau di Lembah Klang, anda mungkin terpaksa berhimpit-himpit macam sardin dalam tin. Banyak masa anda terbuang menunggu bas. Kena pula jalan raya sesak. Semua orang nak pergi kerja pada masa yang sama. Berapa banyak masa anda terbuang dijalan raya. Bagi yang duduk di KL kena bayar tol sana sini. Wang habis bayar tol. Umur anda habis didalam kesesakan jalan raya. Sehari ada yang habiskan 4 jam pergi dan balik dari kerja.

Orang bekerja makan gaji sebenarnya hidup berisiko tinggi. Cuma tak sedar saja. Majikan anda mempunyai kuasa penuh untuk pecat anda bila-bila masa saja. Bos anda boleh katakan kepada anda “You Are Fired!” kepada anda bila-bila masa. Kalau syarikat anda bermasalah, anda mungkin orang pertama dibuang kerja. Gaji besarpun tapi bila dibuang kerja, hidup akan susah terlalu susah kerana banyak tanggungan yang perlu dibayar.

Apa lagi bila anda meninggal dunia dan isteri anda tak bekerja. Macam mana keluarga anda? Pendapatan keluarga terjejas teruk. Inilah risiko makan gaji. Gaya hidup orang kebanyakan yang makan gaji sebenarnya gaya hidup berisiko tinggi. Anda umpama membina rumah ditepi jurang. Bila hujan lebat, berlaku tanah runtuh, rumah anda pun ranap dan anda mungkin terkorban.

Sebagai orang kebanyakan yang bekerja, anda telah menyerahkan kebebasan anda untuk bergerak kepada majikan anda. Walaupun tidak ada rantai besi yang mengikat kaki anda, tetapi secara hakikatnya anda sebenarnya telah mengikat kaki anda dengan rantai besi yang tak nampak. Bolehkan anda keluar pejabat anda bila-bila masa? Sudah tentu tidak, anda perlu minta kebenaran dari majikan dulu. Kalau main keluar saja, anda sudah tentu akan dipecat.

Kalau anda kurang sihat, tak boleh cuti sembarangan, perlu ada medical leave, surat kebenaran bercuti dari doktor. Kalau tak ada, gaji akan dipotong. Kalau anda kerap sakit, majikan anda mungkin akan pecat anda.

Bila anda bekerja, ruang kehidupan anda ialah rumah dan pejabat atau kilang anda bekerja. Setiap hari itulah tempat anda bergerak. Anda tidak merasa keluasan dunia ini. Apa lagi kalau tempat kerja anda itu bising dengan pelbagai bunyi mesin. Mungkin juga berbau. Mungkin pemandangan disekitar tempat anda bekerja tak menarik hati anda. Tapi demi nak dapat duit hujung bulan, kerja sajalah.

Bila anda bekerja, anda mempunyai rakan-rakan sekerja yang anda tidak pilih. Majikan anda yang ambil mereka bekerja dan anda perlu bekerja dengan mereka. Kalau ada diantara mereka yang bersifat negatif maka anda akan merasa tempias sifat negatif mereka kerana mereka berada disekeliling anda. Setiap hari anda berjumpa mereka, anda tidak boleh lari dari mereka kerana anda dan mereka dirantai dengan rantai pekerjaan. Kalau bos anda orang jenis panas baran, setiap hari kena marah atau maki sajalah. Mahu tak mahu anda harus bekerjasama.

Oleh kerana masa anda hanya tertumpu pada tempat kerja, maka kenalan anda tidak berkembang. Asyik orang yang sama saja setiap tahun. Ini boleh memberikan anda kebosanan hidup. Asyik berborak dengan orang yang sama. IQ anda pun tak berkembang. Kalau anda bujang nak cari pasangan anda pun susah, sebab kenalan anda terbatas.

Walau tinggi mana jawatan anda dalam syarikat milik orang lain atau kerajaan, ia masih tidak berbaloi bekerja 8 pagi – 5.00 petang setiap hari.Seumur hidup anda bekerja, berpuluh-puluh tahun anda mencurahkan tenaga anda pada syarikat milik orang lain. Bila dah pencen, pendapatan pun terputus. Kenapa? Kerana syarikat anda bekerja bukan milik anda. Anda tidak dapat memberikan jawatan anda kepada anak atau isteri anda. Segala kebijaksanaan, tenaga seharusnya anda curahkan pada sebuah perniagaan milik anda sendiri, supaya anda boleh terus menikmati hasilnya dihari tua anda dan anda boleh wariskan kepada anak dan isteri anda sekiranya anda meninggal dunia. 


Aku Lifestyle Transformer

Hidup didunia ini hanya sekali
Setiap hari masa berlalu pergi
Ku lihat manusia sibuk sekali
Lupa akan nasib sendiri

Marilah kawan marilah teman
Marilah kita membina perniagaan
Rantai pekerjaan kita hancurkan
Merasakan nikmat makna kebebasan

Tentukan sendiri masa kerjamu
Tentukan sendiri siapa temanmu
Tentukan sendiri jenis ilmumu
Tentukan sendiri pendapatanmu

Ayoh jangan berlengah lagi
Apa lagi yang kau nanti
Marilah bersama-sama kami
Lifestyle Transformer itulah kami


Sajak Karangan Abdul Gani Kasalan
20 Dis 2010

Gaya Hidup Orang Sukses - GAYA HIDUP AHLI LIFESTYLE TRANSFORMERS

Gaya hidup orang sukses amat berlainan dengan orang kebanyakan. Hidupnya aman tenteram, bahagia, wang cukup, memiliki pasangan hidup yang diidamkan, rumah yang selesa, kereta yang selesa, mempunyai masa yang cukup, boleh pergi ke mana jua pada bila-bila masa, boleh buat aktiviti yang disukai pada bila-bila masa.


Orang sukses memiliki perniagaan sendiri.  Dia menggunakan tenaga orang lain untuk menggerakkan perniagaan miliknya. Walaupun dia tidak bekerja, perniagaannya tetap berjalan seperti biasa.

Bangun pagi orang sukses tidak perlu tergesa-gesa hendak ke pejabat.Orang sukses memiliki perniagaan diamana orang lain bekerja untuk mereka. Perniagaan orang sukses berjalan lancar walaupun mereka tak bekerja. Orang bijak pandai, orang rajin antara orang-orang yang bekerja untuk orang sukses. Ratusan malah ribuan manusia bekerja untuk orang sukses yang memiliki perniagaan sendiri. Ini membolehkan orang sukses hidup dalam kelimpahan rezeki dari Allah.
 
Bila orang kebanyakan bersesak-sesak didalam bas menuju tempat kerja, orang sukses masih dirumah bersama keluarga, berborak-borak bersama ahli keluarga. Adakah anda perhatikan pertalian antara ahli keluarga orang kebanyakan selalunya tidak mesra? Kenapa mereka tidak mesra tetapi renggang? Disebabkan mereka tidak meluangkan masa yang cukup untuk berborak dengan ahli keluarga mereka. Mereka tidak banyak masa bersama. Sebaliknya bagi orang sukses, mereka mempunyai masa yang banyak bersama keluarga. Kebanyakan aktiviti mereka adalah bersama keluarga.

Bagi mereka yang gemar berzikir, gaya hidup orang sukses membolehkan mereka mengamalkan amalan zikir sesuai pada masa dan tempat. Ini akan membawa kepada ketenangan jiwa, kebersihan hati dan dekat kepada Allah.

Orang sukses boleh ke Mekah mengerjakan umrah bila-bila masa. Bukankah seronok jika anda mampu berada di Mekah semasa bulan ramadhan? Orang sukses mampu berbuat demikian. Bukankah seronok jika anda mampu membawa keluarga anda ke mana sahaja destinasi didunia ini? Orang sukses mampu berbuat demikian.


Anda mungkin mempunyai impian memiliki kereta mewah, tetapi orang sukses mampu memandu kereta impian mereka. Mereka mampu memiliki rumah impian mereka. Mereka mengecapi nikmat kehidupan dan bersyukur ke atas nikmat yang diberikan Allah. Orang sukses adalah orang yang bersyukur. Orang yang tidak lupa Allah. Semakin banyak limpah kurnia dari Allah semakin mereka bersyukur, semakin mereka merasa kenikmatan iman.

Dunia ini adalah milik Allah, ambillah dunia ini sebanyak-banyaknya tapi jangan lupa Allah. Bersyukurlah apa yang diberi. Orang sukses mengambil dari dunia ini sebanyak-banyaknya dan bersyukur kepada Allah. Tiada rantai pekerjaan yang mengikat kaki mereka di meja kerja atau dikilang kerja. Mereka boleh mengabdikan diri kepada Allah dengan lebih baik bila mereka menjadi orang sukses.

Dunia ini luas, ada banyak tempat menarik yang anda boleh lawati dan banyak aktiviti yang menarik yang anda boleh lakukan. Hanya orang sukses saja yang mampu mengecapi keindahan dunia.


Orang sukses mampu membantu orang lain terutama keluarga. Ini adalah perbuatan yang sangat disukai Allah. Dengan kelebihan yang mereka ada, mereka boleh membantu ramai orang. Allah akan membalas dengan memberikan syurga yang kekal abadi. Ini dinamakan kenikmatan berganda atau kejayaan berganda. Berjaya didunia dan berjaya di akhirat. Bukankah kita selalu diajar oleh nabi kita supaya kita berdoa kepada Allah supaya berjaya didunia dan akhirat?  Tetapi berapa ramai kalangan kita yang bersungguh-sungguh merealisasikan doa itu dengan amalan berniaga. Ramai lebih suka diikat dengan rantai pekerjaan.


Orang sukses bangun dengan ceria, setiap hari ada aktiviti yang berlainan dari hari semalam. Kehidupan rutin dan berulang-ulang sudah dibuang jauh. Orang sukses melakar biograpi kehidupan mereka dengan aktiviti yang menyeronokkan. Kehidupan yang lebih bermakna.


Bagi mereka yang suka mengarang, kehidupan orang sukses memberikan mereka banyak masa untuk mengarang buku. Orang sukses mampu mengarang pelbagai topik. Mereka boleh mengarang mengenai topik-topik yang mereka sukai dan berkongsi ilmu dengan orang ramai. Buku anda adalah harta yang sangat bernilai, manfaatnya berterusan walaupun anda tidak ada lagi didunia ini. Apabila buku anda dibaca dan manfaatnya mengalir pada pembaca, sehinggakan mereka melakukan aktiviti yang bermanfaat dari ilmu yang mereka pelajari dari buku anda, maka anda mendapat ganjaran di kubur dan diakhirat. Ini adalah kelebihan besar orang sukses yang mempunyai banyak masa untuk mengarang buku-buku.

Kalau kita melihat kepada ulama-ulama besar yang mengarang pelbagai buku yang bermanfaat, mereka ini tidak terikat dengan pekerjaan. Masa adalah milik mereka, mereka gunakan untuk mengarang buku. Ulama-ulama ini berjalan ke merata dunia melihat negara-negara lain, berfikir, menganalisa keadaan manusia dibeberapa negara, mendalami ilmu-ilmu pelbagai bidang. Mereka ini membuang rantai pekerjaan dan hidup sebagai orang sukses. Mereka tidak mempunyai majikan melainkan Allah sahaja. Itulah gaya hidup orang sukses, majikan mereka hanyalah Allah sahaja.