Produk







1. Noni



PENGENALAN PRODUK ENZAIM NONI

Enzim Noni yang terhasil daripada ekstrak tulin 100% Morinda Citrifolia. Ianya juga dikenali dengan pelbagai nama mengikut negara ianya ditemui antaranya
1. “Noni” di Hawaii, Polynesia;
2. “Nono” di Tahiti;
3. “Lada” di Guam;
4. “Indian Mulberry” di India;
5. “Painkiller Tree” di Kepulauan Caribean;
6. “Nhau” di sebahagian Asia Tenggara;
7. “Cheesefruit” di Australia;
8. “Bumbo” di Afrika dan
9. “Kura” di Fiji.



Noni telah terbukti membantu proses penyembuhan pelbagai jenis penyakit kronik diantaranya diabetes, stroke, lumpuh, sopak kulit, psoriasis, cancer dan sebagainya.
Buah mengkudu mengandungi bahan yang dipanggil “xeronine” dan “proxeronine” yang amat penting dalam penjagaan kesihatan dan rawatan pemulihan kesihatan manusia .
Dr. Ralph M. Heninicke, Ahli Biokimia dari University of Hawaii, Amerika Syarikat adalah merupakan saintis yang mempelopori kajian kandungan nutriens dalam buah mengkudu selama 45 tahun. Beliau telah menemui kompoun alkoloid “proxeronine” dalam buah mengkudu secara tidak sengaja semasa sedang membuat kajian mengenai enzime “bromelin” dalam buah nenas.
Belaiu mendapati kandungan “proxeronine” dalam buah mengkudu adalah sangat tinggi iaitu 800 kali lebih banyak kuantitinya berbanding paras yang terdapat dalam buah nenas. “proxeronine” adalah amat berguna kepada kesihatan manusia kerana ianya merupakan pencetus “xeronine” yang dihasilkan oleh badan kita.
Untuk makluman, “xeronine” adalah merupakan enzaim yang dikeluarkan oleh badan kita dan pengeluaran rembesan “xeronine” semakin berkurangan apabila umur kita semakin meningkat dan dengan itu kita perlu mencari “xeronine” dari luar melalui pemakanan yang kita ambil ataupun sekurang-kurangnya mengambil . “proxeronine” untuk menggalakkan pengeluaran enzaim “xeronine” yang dihasilkan oleh badan kita.

Berikut ini adalah kepentingan xeronine :
  1. Salah satu bahan penting bagi menggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan manusia menerusi tindakbalas bahan kimia antara proxeronine dan proxeronase.
  1. Interaksi dua bahan kimia proxeronine dan proxeronase boleh membantu membesarkan liang pada usus kecil – sekali gusmempercepatkan serapan bahan nutrien ke dalam sistem pemakanan.
  1. Berfungsi sebagai bahan mengembalikan kesegaran dan ketahanan protein badan yang merupakan sebagai bahan awet muda.
  1. Mengkudu juga kaya dengan bahan anti-oksidan iaitu membantu melambatkan proses penuaan.
  1. Buah mengkudu boleh memulih sel atau tisu rosak, sekali gus melmbantu penyembuhan penyakit kencing manis, sengal sendi dan tekanan darah tinggi.
  1. Daun mudanya boleh digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulaman. Daunnya jika direbus boleh menyihatkan ibu yang baru bersalin. Kulitnya berguna bagi mengubati penyakit Malaria. Bunga mengkudu boleh digunakan untuk merawat penyakit mata. Akar mengkudu berguna bagi mengubati penyakit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan otak.
Menurut kajian, xeronine terdapat secara semulajadi didalam tubuh manusia ketika bayi atau kanak-kanak. Namun tahap kandungan xeronine semakin berkurangan apabila usia mereka meningkat apatah lagi dengan diet atau pemakanan yang tidak seimbang dan sihat.
Oleh demikian, pati Noni perlu dibekalkan kepada tubuh badan manusia supaya ia berupaya kembali melindungi sel-sel badan yang tidak sihat. BSY Fed Noni 100% ekstrak dari buah mengkudu adalah sumber supplemen paling berkesan untuk membekalkan kembali tahap xeronine yang tinggi yang diperlukan oleh tubuh manusia.













KESAN PEMULIHAN

TINDAKBALAS PEMULIHAN, YANG MANA BERGANTUNG DENGAN TAHAP TOKSIN DI DALAM TUBUH BADAN ORANG YANG MENGAMBIL NONI.

  • Tekanan darah tinggi :
    Leher terasa tegang, belakang kepala bahagian atas terasa sakit & tegang, sakit kepala (berlaku selama 2-10 hari).
  • Tekanan darah rendah :
    Tegang leher bawah, kepala terasa pening memusing.
  • Buasir :
    Berak berdarah.
  • Kencing manis :
    Paras gula meningkat dalam seminggu, tangan & kaki menjadi bengkak sedikit, keadaan akan berkurangan dalam seminggu, keadaan penyakit akan beransur-ansur pulih.
  • Sakit puan :
    Cairan putih keluar semakin banyak, haid tidak stabil.
  • Sakit sendi, sengal, pirai :
    Sendi rasa sakit, badan jadi panas.
  • Reumatisme :
    Bertambah sakit untuk beberapa lama sebelum hilang sakitnya.
  • Sakit jantung :
    Merangsang degupan jantung menjadi cepat, rasa sakit dada, muka menjadi merah selama 2-4 hari, kebas dilengan atas tangan kiri.
  • Lumpuh :
    Rasa sakit dibahagian saluran darah yang tersumbat, sakit & pening kepala.
  • Ulser :
    Seram sejuk, perut rasa pedih, berlaku cirit-birit atau sembelit.
  • Asma, penat/lelah :
    bertambah tenat selama 2-3 hari. Kadangkala muntah, keluar kahak.
  • Batu karang :
    Bertambah sakit, air kencing berkapur, kencing berdarah.
  • Jerawat:
    Jerawat keluar lebih banyak kerana keracunan yang terkumpul disingkirkan.\
  • Sakit buah pinggang/ginjal :
    Kerap buang air kecil, sakit dibahagian pinggang, muka, kaki & tangan bengkak sedikit.
  • Badan berasid tinggi :
    Selalu berasa mengantuk, badan menjadi panas, rasa dahaga, kerap kentut, air kencing berwarna perang.
  • Hepatitis A,B & C :
    Tanda-tanda akan terus berkurangan, semangat pulih kembali & semakin berselera.
  • Neurosis (sakit jiwa ringan) :
    Senang tidur selepas 2 minggu, rasa segar selepas bangun tidur, perasaan tenang.
  • Insomnia :
    (Sukar tidur malam)Di peringkat awal sakit/tegang kepala.
  • Resdung :
    Hidung menjadi semakin sebu selama 3-7 hari. Berkesan selepas 2 minggu, badan agak panas.
  • Anemia (kurang darah) :
    Keluar darah dari hidung, pening kepala.
  • Mandul:
    Keluar banyak darah haid berwarna hitam, sperma lelaki bertambah.
  • Psoriasis :
    Keluar lebih banyak.
  • Kaki busuk (hongkong foot) :
    Demam, mula berkesan selepas 1-2 bulan.
  • Sawan (penyakit tarik) :
    Menjadi bertambah teruk.
  • Kulit sensitif :
    Tidak balas menjadi semakin teruk selama seminggu. Kulit pecah-pecah & keluar air bisa, (nanah, darah kotor yang berbau busuk).
  • Luka dalaman :
    Sengal & sakit bahagian yang luka, rasa panas di bahagian yang sakit. Kadang-kadang kencing berdarah & berwarna perang.
  • Selepas pembedahan : Rasa sakit dibahagian yang dibedah.
  • Meroyan (selepas bersalin) :
    Mengantuk, badan rasa sakit, darah nifas keluar habis-habisan.
  • Selsema :
    Bersin & hingus akan bertambah.
  • Sembelit :
    Sakit ketika buang air besar.
  • Gastrik :
    Seram sejuk, perut pedih, berlaku cirit-birit atau sembelit.
  • Gout :
    Sendi menjadi sakit & terasa panas.
  • Sakit kuning :
    Badan lebih panas, meloya, air kencing berwarna keruh.























2. CATUABA














3. CLENXLIM