Wednesday, December 22, 2010

BAB 1 Gaya Hidup Orang Kebanyakan

Gaya hidup mempengaruhi perasaan seseorang. Perasaan orang awam tidak sama dengan perasaan orang yang berada di puncak kejayaan. Kemurungan, kerungsingan, kesedihan, pening kepala, takut, risau, resah adalah antara perasaan orang yang mempunyai gaya hidup orang kebanyakan. Bagi menghilangkan perasaan negatif ini maka gaya hidup mesti diubah kepada gaya hidup orang sukses.

Bila kita sudah beralih kepada gaya hidup orang sukses, kita akan mempunyai perasaan gembira, suka membantu orang, suka senyum, tenang, aman dan bahagia.

Kita akan membincangkan gaya hidup orang sukses di Bab 2. Pada bab ini kita bincang mengenai gaya hidup orang kebanyakan.

Antara gaya hidup orang kebanyakan ialah
  1. Bekerja dari seawal 8.00 pagi – 5.00 petang
  2. Ada juga yang bekerja shif  seperti pekerja-pekerja kilang, hospital .. yang terpaksa bekerja malam jika dapat shif malam
  3. Mendapat pendapatan sekali sebulan di hujung bulan
  4. Pendapatan bulanan anda berdasarkan sijil anda
  5. Kenaikan gaji sekali setahun, itupun berdasarkan prestasi kerja
  6. Boleh dipecat oleh majikan bila-bila masa
  7. Nak cuti perlu minta kebenaran majikan
  8. Nak keluar semasa bekerja mesti minta kebenaran majikan
  9. Kenalan tak berkembang, asyik berkomunikasi dengan rakan sekerja saja tiada kawan baru
  10. Ramai tak berkereta, naik pengangkutan awam saja. Yang berkereta pula pilih kereta yang murah, cukup boleh jalan sudah.
  11. Tidak memiliki syarikat tempat dia bekerja

Kalau kita perhatikan ciri-ciri gaya hidup ini, maka kita akan dapati ia mempunyai banyak kelemahan yang menyebabkan perasaan hidup kita tidak puas atau tidak selesa. Anda merasakan anda belum lagi menggunakan keseluruhan potensi diri anda. Anda tidak diberi peluang untuk berkembang. Bakat anda tidak digilap. Jika anda tidak merubah gaya hidup ini, maka anda akan mati satu hari ini dengan bakat anda yang tidak digunakan.

Gaya hidup orang kebanyakan seumpama gaya hidup seorang hamba. Masa anda banyak digunakan mengabdikan diri bekerja untuk syarikat milik orang lain. Anda berhempas pulas membanting tulang untuk mendapat sedikit wang dihujung bulan, sedangkan majikan anda pula mendapat keuntungan yang lebih. Bila anda pencen tua, anda mungkin mendapat wang pencen atau KWSP tetapi adakah wang tersebut mencukupi untuk menyara hidup tua anda?

Dunia ini luas tetapi anda tidak mempunyai wang dan masa untuk anda melancung ke negara luar, bahkan anda mungkin tidak mempunyai wang dan masa untuk melancung didalam negara sendiri. Rutin hidup anda ialah pagi pergi kerja, balik malam, menonton TV, tidur, bangun, pergi kerja semula.


Bagi mereka yang bekerja shif lagilah susah. Terpaksa bekerja malam. Orang lain berehat dirumah, anda pula masih bekerja, bekerja untuk syarikat sendiri tak apalah, tapi ini bekerja untuk syarikat orang lain. Kalau isteri bekerja juga lagi lah payah. Kadang isteri bekerja malam, anda bekerja siang. Bila nak bersama isteri? Masa adalah emas. Umur kita setiap hari bertambah. Bila kurang berinteraksi dengan pasangan hidup secara dekat, maka kasih sayang akan berkurang. Kita takut nanti pasangan kita berkasih sayang dengan orang lain pula ditempat kerja mereka atau mungkin anda pula berkasih sayang dengan orang lain ditempat kerja anda.

Wang adalah penting dalam kehidupan kita. Gaya hidup orang kebanyakan ialah mereka bekerja dalam syarikat orang lain. Majikan menentukan pendapatan bulanan mereka. Gaji adalah berdasarkan sijil. Bagaimana jika anda dilahirkan dalam keluarga miskin atau keluarga susah. Anda tidak diberikan peluang belajar sehingga ke peringkat tinggi walaupun anda sebenarnya mempunyai potensi yang sangat baik untuk berjaya dalam pelajaran. Gaji anda rendah disebabkan anda tidak mempunyai sijil yang tinggi. Anda tidak mampu memberikan keselesaan kepada diri anda dan keluarga anda.

Terkadang anda yang bekerja rajin, tapi orang lain pula yang dapat naik gaji bagus, mereka yang dapat dinaikkan pangkat sebab mereka pandai main politik pejabat, pandai bodek bos. Anda tak puas hati, tapi majikan sentiasa lah yang betul. Keputusan majikan tak boleh dibantah. Syarikat ini bukan anda yang punya.

Sekiranya anda tidak berubah maka anda akan terus berada dalam keadaan dimana wang anda tidak cukup untuk menampung keselesaan hidup anda dan keluarga anda. Anda mungkin berhutang untuk membeli peralatan rumah, kereta dan rumah. Anda menghabiskan keseluruhan masa dan wang anda membayar hutang.




Bagi mereka yang tidak mampu membeli kereta, maka terpaksa menggunakan pengangkutan awam. Kalau di Kuala Lumpur atau di Lembah Klang, anda mungkin terpaksa berhimpit-himpit macam sardin dalam tin. Banyak masa anda terbuang menunggu bas. Kena pula jalan raya sesak. Semua orang nak pergi kerja pada masa yang sama. Berapa banyak masa anda terbuang dijalan raya. Bagi yang duduk di KL kena bayar tol sana sini. Wang habis bayar tol. Umur anda habis didalam kesesakan jalan raya. Sehari ada yang habiskan 4 jam pergi dan balik dari kerja.

Orang bekerja makan gaji sebenarnya hidup berisiko tinggi. Cuma tak sedar saja. Majikan anda mempunyai kuasa penuh untuk pecat anda bila-bila masa saja. Bos anda boleh katakan kepada anda “You Are Fired!” kepada anda bila-bila masa. Kalau syarikat anda bermasalah, anda mungkin orang pertama dibuang kerja. Gaji besarpun tapi bila dibuang kerja, hidup akan susah terlalu susah kerana banyak tanggungan yang perlu dibayar.

Apa lagi bila anda meninggal dunia dan isteri anda tak bekerja. Macam mana keluarga anda? Pendapatan keluarga terjejas teruk. Inilah risiko makan gaji. Gaya hidup orang kebanyakan yang makan gaji sebenarnya gaya hidup berisiko tinggi. Anda umpama membina rumah ditepi jurang. Bila hujan lebat, berlaku tanah runtuh, rumah anda pun ranap dan anda mungkin terkorban.


Sebagai orang kebanyakan yang bekerja, anda telah menyerahkan kebebasan anda untuk bergerak kepada majikan anda. Walaupun tidak ada rantai besi yang mengikat kaki anda, tetapi secara hakikatnya anda sebenarnya telah mengikat kaki anda dengan rantai besi yang tak nampak. Bolehkan anda keluar pejabat anda bila-bila masa? Sudah tentu tidak, anda perlu minta kebenaran dari majikan dulu. Kalau main keluar saja, anda sudah tentu akan dipecat.

Kalau anda kurang sihat, tak boleh cuti sembarangan, perlu ada medical leave, surat kebenaran bercuti dari doktor. Kalau tak ada, gaji akan dipotong. Kalau anda kerap sakit, majikan anda mungkin akan pecat anda.

Bila anda bekerja, ruang kehidupan anda ialah rumah dan pejabat atau kilang anda bekerja. Setiap hari itulah tempat anda bergerak. Anda tidak merasa keluasan dunia ini. Apa lagi kalau tempat kerja anda untuk bising dengan pelbagai bunyi mesin. Mungkin juga berbau. Mungkin pemandangan disekitar tempat anda bekerja tak menarik hati anda. Tapi demi nak dapat duit hujung bulan, kerja sajalah.

Bila anda bekerja, anda mempunyai rakan-rakan sekerja yang anda tidak pilih. Majikan anda yang ambil mereka bekerja dan anda perlu bekerja dengan mereka. Kalau ada diantara mereka yang bersifat negatif maka anda akan merasa tempias sifat negatif mereka kerana mereka berada disekeliling anda. Setiap hari anda berjumpa mereka, anda tidak boleh lari dari mereka kerana anda dan mereka dirantai dengan rantai pekerjaan. Kalau bos anda orang jenis panas baran, setiap hari kena marah atau maki sajalah. Mahu tak mahu anda harus bekerjasama.

Oleh kerana masa anda hanya tertumpu pada tempat kerja, maka kenalan anda tidak berkembang. Asyik orang yang sama saja setiap tahun. Ini boleh memberikan anda kebosanan hidup. Asyik berborak dengan orang yang sama. IQ anda pun tak berkembang. Kalau anda bujang nak cari pasangan anda pun susah, sebab kenalan anda terbatas.

Walau tinggi mana jawatan anda dalam syarikat milik orang lain atau kerajaan, ia masih tidak berbaloi bekerja 8 pagi – 5.00 petang setiap hari.Seumur hidup anda bekerja, berpuluh-puluh tahun anda mencurahkan tenaga anda pada syarikat milik orang lain. Bila dah pencen, pendapatan pun terputus. Kenapa? Kerana syarikat anda bekerja bukan milik anda. Anda tidak dapat memberikan jawatan anda kepada anak atau isteri anda. Segala kebijaksanaan, tenaga seharusnya anda curahkan pada sebuah perniagaan milik anda sendiri, supaya anda boleh terus menikmati hasilnya dihari tua anda dan anda boleh wariskan kepada anak dan isteri anda sekiranya anda meninggal dunia. 


No comments:

Post a Comment