Wednesday, December 22, 2010

BAB 3 Mengubah Gaya Hidup Dengan E-Networking


Mengubah gaya hidup dari orang kebanyakan kepada orang sukses adalah satu proses yang menyeronokkan. Anda boleh mengarang sebuah buku mengenai diri anda bagaimana anda berubah dari orang kebanyakan kepada orang sukses. Ia satu perjalanan hidup yang menarik. Adakah anda mahukan kehidupan yang membosankan atau kehidupan yang menarik.

Jika anda dilahirkan dari keluarga susah, dari keluarga orang kebanyakan, itu lagi bagus, kerana prosesnya lebih menarik dari anda dilahirkan dari keluarga orang sukses.

Ada pelbagai cara untuk anda mengubah gaya hidup dari orang kebanyakan kepada orang sukses. Buku ini akan menceritakan satu cara yang selamat, mudah, pantas dan menyeronokkan untuk anda mengubah gaya hidup dari orang kebanyakan kepada gaya hidup orang sukses.

Cara ini adalah cara e-networking. Ia adalah perniagaan abad ke 21 seperti yang dinyatakan oleh Robert Kiyosaki. Robert Kiyosaki adalah seorang billionaire, seorang pengarang best seller, bukunya dijual berjuta-juta naskah. Mempunyai perniagaan pelbagai bidang seperti hartanah, perlombongan, buku-buku dan sebagainya. Hasil pengalaman dan pengkajiannya, dia menyatakan perniagaan yang terbaik didunia ialah e-networking atau network marketing.
   
E-networking ialah perniagaan network marketing menggunakan kemudahan teknologi maklumat yang canggih. “E” bermakna “eletronik” yang maksudnya kuasa Internet. Soalan kedua pula, apakah itu perniagaan network marketing? Kenapa Robert Kiyosaki menyatakan perniagaan ini adalah perniagaan yang terbaik di abad 21 ini? Kalau di Malaysia kita lebih kenal dengan nama MLM atau multi level marketing atau jualan langsung. Ramai orang Malaysia berkecimpung dalam perniagaan MLM atau network marketing, ada yang berjaya dan ada yang gagal. Yang gagal pula raamai yang dah fobia dengan perkataan MLM atau jualan langsung.

Kenapa semua ini berlaku? Kenapa perniagaan terbaik diabad 21 ini, dikecam dan dicemuh oleh ramai orang? Ini adalah kerana publisiti media massa samada surat khabar, majalah, radio, internet, TV, gossip yang menyebarkan maklumat yang salah mengenai perniagaan MLM atau network marketing. Kenapa? Kerana industri network marketing berkembang dengan pesatnya diseluruh dunia termasuk Malaysia. Bahkan Malaysia adalah negara yang sangat besar dan terbilang di mata dunia dalam industri network marketing. Disebabkan industri network marketing atau e-networking ini adalah menjadi terlalu besar dinegara kita, maka pelbagai pihak yang masih menggunakan perniagaan cara tradisional yang menjadi saingan kepada perniagaan e-networking ini berusaha bersungguh-sungguh untuk menyekat perkembangan perniagaan e-networking di negara kita dengan menggunakan media massa. Tetapi macam mana pun fitnah dilakukan, perniagaan e-networking terus berkembang seperti ombak tsunami. Negara kita mendapat faedah dari berbillion transaksi perniagaan yang dilakukan dalam industri perniagaan e-networking. Ramai rakyat Malaysia mendapat pendapatan melebihi RM10,000 sebulan. Ramai yang menjadi jutawan.

Graduan menganggur dapat kerjaya dalam e-networking. Ruang pekerjaan bertambah disebabkan e-networking. Ibu-ibu dirumah dapat kerjaya dari rumah, dengan itu membantu pendapatan keluarga. Perniagaan dapat dilakukan dengan modal dibawah RM500. Perniagaan yang mampu dilakukan oleh kebanyakan manusia. Perniagaan e-networking memberikan ruang kepada manusia untuk berusaha dan meninggalkan perangai menyalahkan takdir, perangai putus asa, perangai suka lepak, perangai suka pinjam duit orang lain, perangai suka membazir, perangai tak kesah keadaan nasib orang lain dan pelbagai perangai negatif lain.

Network Marketing yang menggunakan eletronik atau Internet adalah yang terbaik. Network Marketing adalah jaringan manusia dan internet pula ialah jaringan komputer. Dua jaringan dicantumkan menjadi satu, maka ia dipanggil e-networking. Ia merubah cara proses perniagaan. Kalau dulu kita terpaksa menghantar barang pada pelanggan, dengan e-networking syarikat jualan langsung anda yang menghantar barang terus kepada prospek anda. Ini menjimatkan wang dan masa anda dan yang pentingnya tidak merendahkan kredibiliti anda menjadi penghantar barang. Anda boleh fokus kepada kerja-kerja penajaan dan mendidik ahli baru.

Kalau anda tak tahu guna komputer tak apa, upline anda akan membantu anda mendaftarkan ahli baru dan pembelian mereka menggunakan Internet. Yang pentingnya anda pandai guna handphone untuk memberitahu mereka maklumat orang yang nak masuk jadi ahli atau nak beli barang, yang lainnya diuruskan oleh mobile stokis dan syarikat.

Kekayaan datang apabila berlakunya gandaan dalam kerja. Orang yang bekerja sendiri tidak akan mampu menghasilkan kerja yang banyak. Kerja digandakan dengan mengupah orang lain untuk bekerja dengan anda. Kalau cara tradisional, anda membuka sebuah syarikat dan mencari pekerja-pekerja untuk diberi gaji. Dengan cara itu anda menggandakan tenaga untuk menghasilkan kerja yang banyak. Cara memberi gaji kepada orang yang bekerja dan membuka pejabat, kilang atau kedai adalah cara yang berisiko tinggi, bermodal tinggi, susah nak urus dan banyak pembaziran. Ini adalah cara lama untuk menjadi kaya. Tetapi ramai manusia yang gagal dalam perniagaan dan bankrap. Itulah bahaya berniaga cara tradisional, iaitu cara membuka syarikat, menyewa kedai, buat ubahsuai tempat perniagaan dan menggajikan orang.

E-networking menggunakan semangat bekerja secara berkumpulan seperti semangat kerja semut. Cara e-networking adalah cara yang paling selamat untuk berniaga. Anda berkongsi tenaga untuk menggandakan tenaga dan menghasilkan kerja yang besar dari ratusan malah ribuan tenaga manusia. Anda tidak perlu membazir wang membuka syarikat, tidak perlu membazir wang menggajikan orang, tidak perlu membazirkan wang menyewa premis perniagaan, tidak perlu wang membayar bil letrik, air, fotostat, stationari dan sebagainya. E-networking menjimatkan wang anda.

Dalam e-networking, gandaan tenaga berlaku melalui aktiviti penajaan. Apabila anda menaja ahli baru, anda sebenarnya menggandakan tenaga anda berlipat kali ganda.Yang paling hebatnya lagi ialah anda boleh agihkan tenaga-tenaga yang digandakan itu dipelbagai tempat dipelosok dunia. Apabila tenaga kumpulan anda sudah besar, kerja dapat dihasilkan dipelbagai tempat pada masa yang sama. Apabila anda tidur, tenaga anda ditempat lain sedang bekerja untuk anda. Inilah kelebihan e-networking yang tidak ada pada perniagaan lain.Proses menggandakan tenaga dalam e-networking adalah sangat murah, cepat dan sangat besar berbanding jenis perniagaan lain. Inilah sebab kenapa ramai manusia melakukan perniagaan e-networking. Orang yang sudah jutawanpun masih mahu melakukan perniagaan e-networking apabila mereka melihat keistimewaan e-networking berbanding perniagaan tradisional seperti membuka restoran, salon, kedai perabot, stationari, klinik, kedai tayar, bengkel kereta dan sebagainya..

Kelebihan lain e-networking berbanding perniagaan lain ialah anda boleh membantu orang lain hidup gaya orang sukses. Anda akan sukses apabila anda membantu orang lain sukses. Orang bijak pandai mengatakan jika anda membantu orang lain mencapau puncak gunung, anda juga pada masa yang sama mencapai puncak gunung. Ramai kawan-kawan dan ahli keluarga hidup susah dan anda tidak dapat membantu mereka sekiranya anda makan gaji atau berniaga cara tradisional kerana mereka akan menjadi pesaing anda. Tetapi melalui e-networking anda boleh bekerjasama dengan mereka dan maju bersama. Melihat mereka maju dari hasil usaha anda adalah sangat menyentuh hati anda. Ia memberi kepuasan hidup anda.  

Perniagaan e-networking memberi ruang kepada anda untuk membantu orang lain meninggalkan tabiat buruk kepada tabiat baik. Anda dan mereka akan mengikuti pelbagai kursus motivasi yang berguna. Anda akan diajar gaya hidup orang sukses, kemudian anda akan mengalami dan merasakan gaya hidup orang sukses, kemudian anda pula mengajar gaya hidup orang sukses kepada orang lain. Anda akan menjadi role model, ikutan, ikon gaya hidup orang sukses.



Satu contoh yang baik ialah mengenai pasangan Brig Hart dan Lita.

Sebelum menceburi perniagaan e-networkin, Brig dah pokai buat business buka kedai peralatan peluncur ombak (surfer) selama 4 tahun setengah. Semua wangnya telah digunakan dalam perniagaannya. Dia gagal dalam perniagaannya itu. Nasib baiklah ada seorang kawannya yang memperkenalkan perniagaan e-networking kepadanya. Semasa diperkenalkan dengan perniagaan e-networking, Brig tak ada wang langsung, dia tak ada wang USD18, dia berhutang untuk memulakan perniagaan e-networking.

Selepas berkecimpung dalam perniagaan e-networking mereka mampu meraih pendapatan RM3.61 juta setiap bulan dan terus bertambah setiap bulan. Empayar pernigaan e-networking telah merebak ke beberapa negara diseluruh dunia. Mereka telah menjadi orang yang paling berjaya didunia dalam e-networking. Inilah kehebatan sebenar perniagaan e-networking. Ia jauh lebih hebat dari sebarang perniagaan yang ada didunia ini.

No comments:

Post a Comment