Wednesday, December 22, 2010

BAB 2 Gaya Hidup Orang Sukses

Gaya hidup orang sukses amat berlainan dengan orang kebanyakan. Hidupnya aman tenteram, bahagia, wang cukup, memiliki pasangan hidup yang diidamkan, rumah yang selesa, kereta yang selesa, mempunyai masa yang cukup, boleh pergi ke mana jua pada bila-bila masa, boleh buat aktiviti yang disukai pada bila-bila masa.

Bangun pagi orang sukses tidak perlu tergesa-gesa hendak ke pejabat.Orang sukses memiliki perniagaan diamana orang lain bekerja untuk mereka. Perniagaan orang sukses berjalan lancar walaupun mereka tak bekerja. Orang bijak pandai, orang rajin antara orang-orang yang bekerja untuk orang sukses. Ratusan malah ribuan manusia bekerja untuk orang sukses yang memiliki perniagaan sendiri. Ini membolehkan orang sukses hidup dalam kelimpahan rezeki dari Allah.
 
Bila orang kebanyakan bersesak-sesak didalam bas menuju tempat kerja, orang sukses masih dirumah bersama keluarga, berborak-borak bersama ahli keluarga. Adakah anda perhatikan pertalian antara ahli keluarga orang kebanyakan selalunya tidak mesra? Kenapa mereka tidak mesra tetapi renggang? Disebabkan mereka tidak meluangkan masa yang cukup untuk berborak dengan ahli keluarga mereka. Mereka tidak banyak masa bersama. Sebaliknya bagi orang sukses, mereka mempunyai masa yang banyak bersama keluarga. Kebanyakan aktiviti mereka adalah bersama keluarga.

Bagi mereka yang gemar berzikir, gaya hidup orang sukses membolehkan mereka mengamalkan amalan zikir sesuai pada masa dan tempat. Ini akan membawa kepada ketenangan jiwa, kebersihan hati dan dekat kepada Allah.

Orang sukses boleh ke Mekah mengerjakan umrah bila-bila masa. Bukankah seronok jika anda mampu berada di Mekah semasa bulan ramadhan? Orang sukses mampu berbuat demikian. Bukankah seronok jika anda mampu membawa keluarga anda ke mana sahaja destinasi didunia ini? Orang sukses mampu berbuat demikian.

Anda mungkin mempunyai impian memiliki kereta mewah, tetapi orang sukses mampu memandu kereta impian mereka. Mereka mampu memiliki rumah impian mereka. Mereka mengecapi nikmat kehidupan dan bersyukur ke atas nikmat yang diberikan Allah. Orang sukses adalah orang yang bersyukur. Orang yang tidak lupa Allah. Semakin banyak limpah kurnia dari Allah semakin mereka bersyukur, semakin mereka merasa kenikmatan iman.

Dunia ini adalah milik Allah, ambillah dunia ini sebanyak-banyaknya tapi jangan lupa Allah. Bersyukurlah apa yang diberi. Orang sukses mengambil dari dunia ini sebanyak-banyaknya dan bersyukur kepada Allah. Tiada rantai pekerjaan yang mengikat kaki mereka di meja kerja atau dikilang kerja. Mereka boleh mengabdikan diri kepada Allah dengan lebih baik bila mereka menjadi orang sukses.

Dunia ini luas, ada banyak tempat menarik yang anda boleh lawati dan banyak aktiviti yang menarik yang anda boleh lakukan. Hanya orang sukses saja yang mampu mengecapi keindahan dunia.

Orang sukses mampu membantu orang lain terutama keluarga. Ini adalah perbuatan yang sangat disukai Allah. Dengan kelebihan yang mereka ada, mereka boleh membantu ramai orang. Allah akan membalas dengan memberikan syurga yang kekal abadi. Ini dinamakan kenikmatan berganda atau kejayaan berganda. Berjaya didunia dan berjaya di akhirat. Bukankah kita selalu diajar oleh nabi kita supaya kita berdoa kepada Allah supaya berjaya didunia dan akhirat?  Tetapi berapa ramai kalangan kita yang bersungguh-sungguh merealisasikan doa itu dengan amalan berniaga. Ramai lebih suka diikat dengan rantai pekerjaan.


Orang sukses bangun dengan ceria, setiap hari ada aktiviti yang berlainan dari hari semalam. Kehidupan rutin dan berulang-ulang sudah dibuang jauh. Orang sukses melakar biograpi kehidupan mereka dengan aktiviti yang menyeronokkan. Kehidupan yang lebih bermakna.

Bagi mereka yang suka mengarang, kehidupan orang sukses memberikan mereka banyak masa untuk mengarang buku. Orang sukses mampu mengarang pelbagai topik. Mereka boleh mengarang mengenai topik-topik yang mereka sukai dan berkongsi ilmu dengan orang ramai. Buku anda adalah harta yang sangat bernilai, manfaatnya berterusan walaupun anda tidak ada lagi didunia ini. Apabila buku anda dibaca dan manfaatnya mengalir pada pembaca, sehinggakan mereka melakukan aktiviti yang bermanfaat dari ilmu yang mereka pelajari dari buku anda, maka anda mendapat ganjaran di kubur dan diakhirat. Ini adalah kelebihan besar orang sukses yang mempunyai banyak masa untuk mengarang buku-buku.

Kalau kita melihat kepada ulama-ulama besar yang mengarang pelbagai buku yang bermanfaat, mereka ini tidak terikat dengan pekerjaan. Masa adalah milik mereka, mereka gunakan untuk mengarang buku. Ulama-ulama ini berjalan ke merata dunia melihat negara-negara lain, berfikir, menganalisa keadaan manusia dibeberapa negara, mendalami ilmu-ilmu pelbagai bidang. Mereka ini membuang rantai pekerjaan dan hidup sebagai orang sukses. Mereka tidak mempunyai majikan melainkan Allah sahaja. Itulah gaya hidup orang sukses, majikan mereka hanyalah Allah sahaja.

No comments:

Post a Comment