Wednesday, December 22, 2010

Gambaran Kehidupan E-Networking

Mari kita buat satu gambaran kehidupan usahawan E-Networking

Saya mahu anda imaginasikan gambaran yang akan saya nyatakan dibawah ini. Jadikan diri anda sebagai pelakonnya.

Ada 4 Fasa Kehidupan E-Networking dan mempengaruhi Gaya Hidup anda
Fasa 1 : Tahun pertama
Fasa 2 : Tahun kedua 
Fasa 3 : Tahun ketiga 
Fasa 4 : Tahun keempat dan tahun-tahun seterusnya

Situasi kehidupan anda di Fasa 1.
Tempoh 12 bulan pertama dalam perniagaan e-networking adalah tempoh yang sangat penting untuk anda. Anda belum mempunyai rangkaian usahawan didalam rangkaian anda lagi. Ini adalah masa anda belajar dan merapatkan diri anda dengan upline anda yang telah berjaya dalam perniagaan e-networking. Anda banyak bertanya, memerhatikan, mendengar, ikut taklimat, ikut kursus, belajar menjadi seorang pemimpin.

Jika anda mempunyai pekerjaan tetap, di Fasa 1 ini anda melakukan perniagaan e-networking separuh masa saja. Jangan berhenti kerja secara mendadak. Teruskan pekerjaan anda. Kecualilah anda menganggur, maka anda lakukan perniagaan e-networking di fasa 1 ini secara sepenuh masa.

Anda membawa rakan anda ke taklimat Syarikat e-networking anda atau kumpulan anda. Anda mengatur pertemuan dengan kawan anda dan upline anda. Setiap minggu anda pasti mengikut taklimat motivasi dan membaca buku-buku motivasi. Anda belajar menegur dan bersembang dengan orang yang anda tidak kenali samada online atau offline.

Hari demi hari kumpulan anda membesar, komisen harian anda bertambah besar dan kerap. Selepas 6 bulan, anda sudah mempunyai pendapatan harian purata RM200 sehari. Akhirnya selepas 12 bulan anda sudah mempunyai pendapatan purata sehari RM500 bermakna sebulan sudah ada minima RM15,000.

Situasi kehidupan anda di Fasa 2.
Di awal tahun kedua anda pecat bos anda. Anda berhenti dari kerja fulltime anda dan menumpukan sepenuh masa pada perniagaan e-networking anda. Anda sudah pandai memberi taklimat dikhalayak ramai. Orang melihat anda sebagai orang yang berjaya dalam kehidupan. Keluarga anda mula menghormati anda kerana anda mampu mengubah kehidupan anda. Kereta anda kereta mewah, rumah anda rumah mewah. Anda bercakap dengan nada suara yang yakin.

Anda tidak perlu lagi bersesak di jalan raya untuk ke pejabat. Anda guna masa dan tempat yang tidak sesak untuk anda berjumpa prospek atau bantu downline anda beri taklimat kepada prospeknya. Seminggu sekali anda buat taklimat di hotel atau pejabat syarikat. Kebanyakan malam anda dirumah bersama keluarga. Mengajar anak anda membaca Quran dan ilmu-ilmu agama. Anda juga belajar ilmu-ilmu agama dari pakar agama.

Anda banyak berjalan ke merata tempat untuk memberi taklimat dihotel-hotel. Sekali dalam 3 bulan anda akan pergi menghadiri kursus antarabangsa diluar negara, sambil anda membawa keluarga anda melancung keluar negara.

Pendapatan anda diakhir fasa 2, sudah mencecah RM50,000 sebulan


Situasi Kehidupan anda di Fasa 3
Anda hanya mengendalikan taklimat sebulan sekali. Anda sudah menjadi pemimpin besar. Anda mempunyai ribuan downline dalam kumpulan anda. Kini anda tidak kerap lagi memberi taklimat disana sini. Anda hanya memberikan kata-kata semangat saja dalam sesi taklimat. Lebih banyak masa bersama keluarga.

Pendapatan anda sudah mencecah melebihi RM100,000 sebulan diakhir fasa 3.

Situasi Kehidupan anda di Fasa 4
Anda tidak lagi mengendalikan taklimat. Anda hanya tunjukkan muka anda apabila ada acara besar yang dianjurkan oleh Syarikat e-networking anda.

Rangkaian anda sudah melebar ke beberapa negara. Ribuan manusia menjadi downline anda. Manusia mendengar kata-kata anda dengan penuh semangat. Anda amat dihargai oleh ribuan manusia.

Anda bebas melakukan aktiviti anda sepanjang masa. Anda memiliki wang, tidak terikat pada kerja. Pendapatan anda sudah mencecah RM150,000 sebulan dan terus meningkat setiap bulan sehinggakan boleh mencapai RM1 juta sebulan atau lebih. Anda dan keluarga anda tidak perlu lagi bekerja sepanjang hayat dan selagi syarikat anda bertahan pendapatan ini boleh diwariskan kepada keluarga anda.

Ini masa anda membantu manusia lain orang miskin, anak yatim, musafir, ibu tunggal dan sebagainya. Anda dapat membeli tanah dan membuka sekolah tahfiz, rumah anak yatim. Pahala dari tempat-tempat ini mengalir kepada anda walaupun anda sudah meninggal dunia. Oleh itu kehidupan anda aman dan bahagian, penuh keberkatan dan kebaikan didunia dan diakirat. Beruntunglah anda dilahirkan ke dunia. Beruntunglah menjalankan perniagaan e-networking.




  

No comments:

Post a Comment